Syrian Hamster
- Hamster jenis ini juga dikenali sebagai Golden Hamster atau Teddy Bear Hamster.
- Jenis baka yang slalu menjadi pet kegemaran.. Sesuai dibela oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak kerana senang untuk dipegang dan dijaga
- Badan Syrian Hamster boleh mencecah sehingga 6-7 inci panjang
- Mempunyai cheek pouch yang agak besar untuk membawa makanan ataupun habuk ke tempat yang 'selamat'.. Contohnya di dalam rumah yang disediakan didalam cage
- Hamster baka ini adalah sangat berdikari dan tidak boleh dicampur bersama selepas mencecah umur sekitar 8-10 minggu kerana mereka akan bergadu dan mungkin sehingga membawa maut..... T.T tidak~ Selepas mencecah umur ini, mereka mestilah diasingkan didalam cage yang berbeza.
- Boleh mencecah umur sehingga 4 tahun jika dijaga dengan baik dan rapi.....
Dwarf Campbell Russian Hamster
- Baka jenis ini adalah yang paling popular anata spesis dwarf yang lain
- Apabila membesar, ia boleh mencapai sehingga 10-12 cm.. Dimana jantan akan bersaiz lebih besar daripada betina
- Baka ini mempunyai badan yang bulat berisi serta cheek pouch yang boleh membesar
- Hamster ini bole hidup didalam satu komuniti dan tidak perlu diasingkan
- Sedikit sukar untuk dipegang kerana saiznya yang kecil
- Mungkin akan mengigit tangan jika terslah pegang ataupun terkejut
- Secara purata, boleh hidup sekitar 1 setengah hingga 2 tahun.. Ada juga yang boleh hidup lebih lama...
Chinese Hamster
- Jarang dibela kerana kelihatan sedikit sebanyak seperti tikus dan bilangannya sedikit kerana susah untuk dibiakkan
- Saiznya lebih kurang 10-12 cm dan badan jantan lebih besar daripada betina.
- Mempunyai ekor yang panjang.
- Baka ini sedikit 'pemalu' dan bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan hamster ini susah untuk dipegang tetapi jarang mengigit.
- Tidak begitu aktif dan tidak sesuai untuk dijadikan pet untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak biasanya ingin pet yang boleh dipegang dengan senang dan senang dibelai.
- Baka ini boleh hidup dalam jangka masa 2 setengah tahun hingga 3 tahun.

Roborovski Hamster
- Mempunyai saiz yang sangat kecil dibandingkan dengan pet hamster yang lain
- Saiznya hanyalah sebesar 4-5 cm
- Bergerak sangat pantas dan susah untuk dipegang kerana pergerakannya dan saiznya yang sangat kecil dibandingkan dengan spesis hamster Dwarf yang lain.
- Baka ini jarang mengigit tangan
- Boleh hidup dalam jangka masa 3 setengah tahun atau lebih..
No comments:
Post a Comment